Senin, 04 Juni 2012

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia
akan membalas baik
persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan
pertolongan daripadanya berupa
wang dan sebagainya, ia akan
membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan
sesuatu kebaikan kepadanya, ia
akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu
kebajikan (bantuan) daripadamu,
ia akan menghargai atau
menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang
tidak baik daripadamu, ia akan
menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu
bantuan daripadanya, ia akan
mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri
(kerana malu hendak meminta), ia
akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana
menimpa dirimu, ia akan
meringankan kesusahanmu
(membuat sesuatu untuk
menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata
kepadanya, nescaya ia akan
membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan
sesuatu, nescaya ia akan
membantumu.


12. Jika kamu berdua berselisih
faham, nescaya ia lebih senang
mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan
sahabat seperti itu dan menjadi
sahabat seperti itu..
InsyaAllah



Tidak ada komentar:

Poskan Komentar